Surah 1 Al-Fatihah ( 7 ayat ) الفاتحة
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. .
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam.
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang Berkuasa di Hari Pembalasan
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan.
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat
okay, sape kat sini tak hafal lagi surah al-fatihah ? ade ? ade ? bagussss semua anak murid cikgu ni. mesti semua pun dah hafal kan. ingat tak lagi ? dulu mase kite kanak kanak riang masih berhingusan lagi, cikgu tadika setiap hari suro kita baca al-fatihah kan ? siap ade lagu lagi tuu. kalau sape dapat hafal, dapatlaa tengok cite doraemon, tak payah masuk kelas. hihihihihihihi *seronok je dulu dulu
then, bile kite dah masuk skolah rendah, kene repeat lagi bace surah al-fatihah ni. lepas tu kene beratur sorang sorang bace surah fatihah ni depan ustaz/ustazah. sape yang tak hafal or tergagap gagap lagi, haa siap leee kene denda terus berdiri atas kerusi. idak pun kene ketuk ketampi, idak pun even WORSE, kene rotan kat tapak tangan. ouchh ! sakit ! udahlaa kene dende, siap dimalukan depan kawan kawan pulak tu. esh esh esh, sape laa budak yg kene dende berdiri atas kerusi tu lalu dimalukan depan kawan kawan. hine sungguh.
bila kite masuk sekolah menengah, haa bende yang sama jugak ulangnye. ustaz/ustazah suro kite bace surah Fatihah ni mase buat PAFA.
then kalo ade majlis ape ape ke, nak start bace doa ke, MESSSSTIIIII , and MESSSSTIIII dimulakan dengan Al-Fatihah kan ? okayla kalo itu pun kome tak perasan, cube kome ingat balik. dalam solat setiap waktu, setiap rakaat, mesti kome akan bace surah al-fatihah kan ? sedar tak sedar, dalam sehari kome telah pun membaca Surah Al-Fatihah sebanyak 17 KALI ! *itupun bagi sesiapa yang penuhlaa solat waktunye.
hmmm kome sume takkan tak perasan kot, mengapa surah Al Fatihah ni begitu penting sekali ? tak pernah terpike ke ape khasiatnye ? takkan tak pernah LANGSUNG kot ? okay kalo cenggitu, meh saye kongsikan information yang telah saya kumpul daripada pelbagai sumber (:
1. Al-Fatihah bermaksud Pembukaan. Ia dinamakan PEMBUKAAN kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan AL QURAN.
2. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن - Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب - Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi AL QURAN dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Untuk dipermudahkan cerita, Al Fatihah ini merupakan RUMUSAN sebuah Al-Quran.
3. Rasulullah pernah bersabda :
Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran. Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya serta Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.
Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak .
and guess what ? Surah Al-Fatihah ini merupakan satu satunya surah yang tidak terdapat di mana mana Kitab selain AL-QURAN. kalo tak caye, pegilaa check Kitab Taurat, Kitab Zabur, Kitab Injil. Hanya terdapat dalam Kitab Al-Quran. haa punye special tak special ? :)
4. Sekarang, meh cek bgtaw hangpa KHASIAT Al-Fatihah ni taw, jangan main main :D
Barangsiapa yang membaca Al Fathihah diantara sembahyang sunat subuh dengan Fardhu Subuh sebanyak 41 kali, maka dia akan:
Dinaikkan pangkat/ darjatTidak akan mengalami kemiskinan
Allah SWT akan membayar hutangnya
Menyembuhkan segala penyakit
Dikuatkan kelemahannya oleh Allah
Usahanya berhasil sampai yang dicita-citakannya terkabul
Siapa yang membaca 41 kali Fathihah untuk seorang yang sakit, setelah itu dihembuskan kepadanya, Insya Allah dia akan sihat.
PENYEMBUHAN PSIKOLOGIS
Membaca al Fathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap selesai solat maka dia akan :
Dimudahkan rezkinya
Dimudahkan kesulitannya.
Dibersihkan hatinya.
Diangkat darjatnya.
Dimudahkan pekerjaannya.
Dilepaskan dari dukacita
Dijauhkan dari mudharat.
Diberikan sifat rajin dan semangat.
Tidak mudah kecewa.
Dijauhkan dari syaitan.
Perilakunya cenderung berbuat kebajikan
MENGEMBALIKAN PANGKAT DARJAT
Sesiapa yang dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandangnya dan ia berharap mengembalikan pangkatnya yang telah hilang tersebut maka hendaklah ia membaca Fatihah sebanyak 41 kali diantara Sunat Subuh dan Fardhunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca. Insayallah pangkatnya semula akan kembali bahkan ia akan menyandang pangkat yang lebih tinggi.
UBAT MANDUL
Sesiapa yang mandul dan belum mendapat anak selama bernikah hendaklah ia membaca surah Fatihah 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Dibaca di antara Sunat Subuh dan Fardhu Subuh. Maka, ia akan sgera mendapatkan anak yang soleh.
MENYEMBUHKAN PENYAKIT KULIT
Baca Al Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian ludahkan diatas kapas dan tempelkan pada kulit yang luka atau kulit yang berpenyakit maka dengan izin Allah kulitnya sembuh.
PEKERJAAN BERES
Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak menyelesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. Insyaallah dimudahkan pekerjaannya dengan tidak mendapat gangguan dan semuanya beres.
PENGHILANG LAPAR DAN DAHAGA
Sesiapa yang kehausan karena berada dalam perjalanan yang jauh misalnya di tengah padang pasir, atau di tengah laut saat berlayar tersesat yang tidak ada sedikitpun air dan ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali diatas tapak tangannya, kemudian ditiupkan diatas tapak tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya. Insyaallah ia tidak akan berasa lapar atau dahaga pada hari itu.
MENGUBATI SAKIT TELINGA
Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu kertas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan ke dalam telinga, insayaallah telinganya akan bertambah sihat.
PAGAR MAKHLUK GHAIB
Sesiapa membaca Fatihah sekali saat ia meletakkan kepalanya di bantal saat akan tidur kemudian dilanjutkan dengan membaca:
Surah Qulhuallahu Ahad 3 kali
Surah Al Falaq sekali
Surah an Nas sekali
maka ia selamat dari segala kejahatan serta menjadi dinding dari kejahatan gaib dari syaitan dan segala makhluk yang akan merasuki tubuhnya pada saat dia tidur.
MENYEMBUHKAN PENYAKIT PELUPA
Jika dibacakan Fatihah sebanyak 70 kali sehari selama 7 hari pada suatu yang wadah yang berisi air kemudian dihembuskan ke dalam air itu dan diberi minum kepada siapa yang kurang cerdas/ bodoh pelupa dan selalu negative thinking maka Insyaallah akan dibukakan pintu hatinya dan diberikan kepadanya kepahaman serta pengetahuan dan penyakit pelupanya segera sembuh. Fikirannya pun akan menjadi positive thinking
HAJAT SUCCESS
Syeikh Mahayudin bin Arabi berkata :
“Barangsiapa yang sedang menyelenggarakan hajat hendaklah ia membaca Al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sholat maghrib, jangan ia bergerak dari tempat duduknya, hingga selesai membaca sebanyak bilangan tersebut. Setelah itu bermohonlah kepada Tuhan hajatnya untuk berjaya maka dengan izin Allah SWT, hajatnya akan berjalan lancar
MINYAK FATIHAH
Jika di bacakan 70 kali Al Fathihah ke dalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan untuk persediaan agar mencegah masuk angin, atau untuk menyegarkan tenaga dan menyembuhkan urat. Juga bagi penyakit punggung dan pinggang. Insyaallah segera sihat apabila di gosokkan.
SEBAGAI PENAWAR
Jika disengat binatang berbisa seperti lipan, kala jengking atau binatang bersengat hendaklah diambil segelas air dan masukkan sedikit garam (butiran kasar) dalam air itu dan bacakan Al Fatihah sekali. Kemudian minumkan ia, Insyaallah bisa/racunnya akan hilang.
SUPAYA BAHAGIA DAN SELAMAT
Jika anda baca sebanyak 41 kali setelah solat sunat qabliyah Subuh (sebelum solat fardhu Subuh) secara terus-menerus, maka jika anda ingin pangkat keduniaan, Insya-Allah dapat berhasil, jika fakir dapat kaya, jika punya hutang dapat membayar, jika sakit dapat sembuh, jika lemah menjadi kuat, jika merantau dapat kemuliaan dan ditakuti musuh, dicintai semua orang baik lelaki ataupun wanita, semua ucapannya dipercayai masyarakat dan diselamatkan dari segala bencana
MEMPEROLEH BANYAK KEBAIKAN DAN HILANG KESUSAHAN
Jika surah Al-Fatihah itu dibaca 7 kali setiap selesai solat fardhu. Maka diberi banyak kebaikan dan dihilangkan kesusahannya baik urusan dunia mahupun akhirat
DIMUDAHKAN REZEKINYA DAN BERHASIL MAKSUDNYA
Jika dibaca 20 kali setiap selesai solat fardhu secara terus menerus (tanpa berkata-kata) , Maka orang yang membaca itu dimudahkan rezekinya ,dijaga dari segala yang membahayakan, dimuliakan orang dan berhasil maksudnya.
MELEPASKAN TALI IKATAN MUSUH
Jika ada orang yang dirantai lalu dibacakan surah Al-Fatihah sebanyak 121 kali dengan hati yang khusyuk. Kemudian ditiup pada kalung tadi sebanyak 10 kali, makaInsya-Allah orang itu akan terlepas
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia diketemukan dengan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud :
"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku " ·
Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoalah :
" Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati "
So, kesimpulannya Surah Al-Fatihah ni mempunyai 1001 KHASIAT dan pelbagai FAEDAH. ada banyaaaaaakk lagi ni, tapi takot kome jela tak lalu nak bacenye. eheehhee. Kenape special sangat Al-Fatihah ni ? WELL look at the words man. tengok MEANING of the surah. semuanya PUJI PUJIAN bagi Allah SWT. kan ? i've told you, yang Al Fatihah ni merupakan RUMUSAN bagi sebuah Al-Quran. haaa, baru taw betapa BESARNYA hikmah surah ini ?
And kome nak baca tak, apa yang Allah jawab everytime kita baca Al-Fatihah ?
TADAAAAAAAA
"Aku telah membahagikan solat (al-Fatihah) kepada dua bahagian, separuhnya untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,"
apabila hamba-Ku berkata : (alhamdulillahirabbil'alamin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku"
apabila hamba itu berkata : (arrahmanirrahim) Allah menjawab: Hamba-Ku telah memberi sanjungan kepada-Ku
apabila hamba itu berkata: (malikiyaumiddin) Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungagungkan-Ku
apabila hamba itu berkata: (iyakana'buduwaiya kanasta'in) Allah menjawab: "Ini di antara hamba-Ku dengan Aku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku,
apabila hamba itu berkata: (ihdinassira tal mustaqim siratallazi naan 'am ta 'alaihim ghairil maghdu bi 'alaihim waladdha lin) Allah menjawab: "Ini untuk hamba-Ku dan untuk hamba-Ku apa sahaja yang dipohonkan kepada-Ku." Setelah maksud ayat ayat itu dihuraikan dengan jelas ternyatalah kepada kita bahawa hadith yang sohih ini telah mendedahkan salah satu daripada rahsia-rahsia (kebesaran)
surah al-Fatihah ini yang dipilih sebagai surah yang dibaca oleh setiap Muslim sebanyak 17 kali sehari semalam atau sebanyak mana yang disukainya apabila ia berdoa kepada Allah di dalam solat.
tak bosan lagi ? nak baca lebih lanjut ? haa pergi dekat link ini, ibnuabbas.wordpress.com serta saidahtajudin.iluvislam.com. idakpun, kalau tak puasss lagi, haa g cari kat google. belambak lambak kelua nanti.
oh yeah, before terlupa, mase nak baca Fatihah tu, berhati hati. Tajwid dan cara pembacaan kena betul. kalau tak betul, macam mane Allah nak perkenankan doa kita ? solat kita ? kehidupan kita ? kan ? So, I got this Brilliant Note through Facebook. harap harap, dapatlaa kome paham and tak mengulangi kesilapan yang same. orait ? (:
NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH
by Nurul Arifah Shahifudin on Sunday, January 9, 2011 at 9.03pm
ASSALAMUALAIKUM
BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA TERDAPAT NAMA SYAITAN DALAM AL-FATIHAH
Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud di dalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama-nama syaitan
DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
SIROTHOLLAZI...... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA ...... dua harakat, MIN .... 3 harakat
Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin para malaikat, Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.
Sumber : http://thephotogedik.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar